Syarina's Page
Husna, Din & Capik


By: Syarina Family

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-Dec-2009 11:00 Email | Share | | Bookmark
Our New Baby

 
 
 
Salam..

Dah lama sgt tak upload apa2 kat fotopages ni...

ni baru nak update sket yg syafiq dah pun dpt adik...nama dia Nurul Syafiqah...ini lah wajah syafiqah..



Monday, 23-Jun-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Positive Thinking

 
Nak berkongsi tips bagaimana untuk mengubah persepsi negatif yang bersarang di dalam minda ke persepsi positif dan bagaimana untuk melatih diri kita supaya sentiasa melihat pada nilai-nilai positif bermula hari ini.

"Untuk merubah persepsi dari terus terdorong untuk memikirkan yang negatif supaya sentiasa menjadi positif:-

Ada banyak cara dan kongsikan 5 tips:

1. Bila bangun pagi, puji 3 orang yang kita kagumi setiap hari.
Ambil idola yang menjadi pujaan hati kita, sesiapa sahaja janji kita kagum dgn pencapaian dia. Puji dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin. Biar rasa kagum tu meresap ke dalam hati.

Pada peringkat permulaan, agak payah sikit, bila buat tiap hari, ia akan jadi kebiasaan dan membuat kita bersemangat di awal pagi. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian hembus perlahan-lahan dan kiraan tujuh saat. Buat 3 atau 4 kali.

2.Semasa mandi, sewaktu air tu menyiram badan, panjatkan rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan oleh YA RABB dalam hidup kita, yang nampak dan yang tak nampak.

Ucapkan syukur semasa sarapan pagi dan ketika mula buat kerja hingga sebelum nak tidur, atas segala nikmat lalu dan yang akan datang. Misalnya, sebut “Thank you Allah, for all that I have and for all that i’ve received”.

Sebab, semakin kita bersyukur dengan ikhlas, semakin ditambahkan nikmat dalam hidup kita, lalu semakin positif kita jadinya dan segala urusan dipermudahkan, masalah diringankan.


3. Bila melihat orang lain, mendengar berita, atau terlihat situasi-situasi lain, kawal kata-kata dalam hati dan yang terlintas di dalam minda. Latih diri untuk memandang pada aspek-apek positif yang wujud.

‘Paksa’ minda untuk melihat pada nilai yang baik-baik. Latih diri dan latih minda, di samping mengawal setiap kata-kata yang ada di dalam hati.

Seperti latihan lain, ia perlukan disiplin. Bila selalu lakukannya, ia akan jadi kebiasaan.

Bila dah jadi kebiasaan, akan dapat menjana fikiran positif dan terdorong memandang yang positif saja.

4. Buat keputusan muktamad untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Jauhkan diri dari mendengar kata-kata umpatan, caci maki, geram, marah, tak puas hati, menyampah, menghina dan yang serupa, sebab bila layan semua ni, ia akan masuk ke dalam minda.

Caranya nak elak ia masuk, beristighfar sebanyak mungkin sehingga rasa insaf tu meresap jauh ke dalam diri kita. Bila rasa kita tak bersemangat, fikirkan orang lain yang lebih susah dari kita serta yang lebih parah hidupnya dari kita, serta merta akan terbit rasa syukur kerana hidup kita sekarang lebih baik daripada mereka. Kesannya, kita akan bermotivasi.

5. Selalu bersangka baik pada semua orang, semua keadaan situasi, perkara, benda dan apa saja. Bersangka baik, akan dibalas baik dan akan ditemukan dengn situasi yang baik-baik, orang yang baik-baik dan benda yang baik-baik kesan daripada itu.

Kalau asyik bersangka buruk dan memberi respon buruk di hati kita, Kita akan ditemukan dengan situasi-situasi yang buruk juga. Tak ada siapa yang nak dirinya asyik ditimpa situasi buruk. Ubah mindset dan kemudian kita boleh ubah hidup kita.

Kita ibaratkan seperti menanam benih dalam minda, sirami dengan fikiran yang baik-baik dan hasilnya, sudah tentu hati yang baik.


Walallahualam.....


Thursday, 7-Feb-2008 20:00 Email | Share | | Bookmark
Makan Besar!!!

 
 
 
View all 5 photos...
Kitorang g makan besar kat kedai mkn yg selalu kitorang pergi bile mak abah dtg kuantan ni...
...tak ingat lak nama kedai tu...tp kedai tu dekat2 dengan vistana kuantan...jalan ke arah teluk cempedak sebelah kanan...


Quote:
Capik & Atok



Quote:
Eh..eh...capik tengok nenek..nenek & atok tgk capik..org lain tgk kamera..


lepas atok, nenek, cik cun, cik ajib & pak anip balik...kitorang kuar jalan2...g pasaraya...masa tgh nak pilih2 barang nak dibeli...capik asik dok sebut2 "atok nenek - atok nenek" je sepanjang kitorang membeli belah tu...makin lama makin kuat pulak tu...macam berzikir pulak..hihihi


Thursday, 7-Feb-2008 07:00 Email | Share | | Bookmark
Berjogging + Bersiar2....

 
 
 
View all 5 photos...
Atok, Nenek, Pak Anip, Ibu, Ayah & Capik pergi ke pusat rekreasi Taman Gelora...

Atok, Nenek & Pak Anip g berjogging...tapi...capik, ayah & ibu cuma bersiar2 jek...hehehhe

sbb tu la title utk entry ni mcm tu...hihihihi...




Quote:
Ibu + Capik with Atok's New Car...


Wednesday, 6-Feb-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
BBQ

 
 
 
View all 6 photos...
Saje nak post gambar BBQ ni...takde lak amik gambar masa tgh mkn...tak sempat nak amik..sekelip mata je dah licin....erk...tak la licin sgt...ade kasar2 sikit...hehehe


Quote:
Capik bersama Pak Anip



Quote:
Antara hidangan yang disediakan



Quote:
Nasi Goreng Cina..tak sempat nak letak kat bekas


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net